Wednesday, December 5, 2012

Resepi 4 : Plain Udon

Assalamualaikum wbt..
Salam selera..

Bertemu kembali. Post ni saje nk kenalkan makanan Jepun lain lagi sbb sy ni peminat makanan Jpn ekceli walaupon xde la hardcore..hihi..Pilih sbb rasanya nipis(betul ke), sedap n paling penting healthy.



Resepi yg ni pon wat yg plain je sbb malas nk masak susah. Wat macam makan kat kedai la. Just guna perencah yang dah siap je.

Ok la, resepi mudah, cepat dan kenyang sila rujuk dibwah ye.



BAHAN:-
(utk 1 orang)
(5 minit)

Air .......... 250ml
Perencah udon .......... 1 paket
Chikuwa(fish cake) .......... 1 batang
Mee udon .......... 1 paket
Tempura ikan .......... 1 ekor
Tempura udang .......... 1 ekor
Daun bawang .......... suka hati
Lada merah debu(pilihan) .......... suka hati

CARA:-

  1. Panaskan air dalam periuk. Kemudian masukkan perencah udon. Masak sehingga menggelegak.
  2. Masukkan chikuwa dan mee udon. Rebus sehingga udon lembut dan tidak melekat.
  3. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk yg bersesuaian. 
  4. Goreng tempura segera sehingga kekuningan. Letakkan sebagai topping di atas udon tadi.
  5. Hiaskan sedikit dengan daun bawang supaya nampak menarik. Letak lada merah serbuk jika suka. Siap utk dijamu.
Let's Eat!!


-Savory seasonings stimulate the appetite-



Resepi 3 : Love Sharingan Strawberry Cheesecake

Assalamualaikum wbt..
Salam selera..

Hari ni saja ingin mempersembahkan kek cheese yang aku buat semalam. Saja2 isi masa lapang sambil praktis bakat. Chewah. Dah lama sebenarnya nk ngap cheesecake ni tp apakan daya xde masa nk menyibukkan diri kat dapur. Kalau kat Malaysia confirm dah gi ngap kat Secret Recipe ni.. hihi..



Kek yang ni saja kasi masuk strawberry sbb ternampak kat kedai ada jual murah. Tup tap terus je la sapu sebelum habis stok..hihi..sbnrnya skarang ni musim sejuk, so, strawberry ni bnyak la jual  kat kedai macam cendawan tumbuh. Eh betul ke gune kat sini ni..x kisah la.



Biasanya wat yang plain je tp kali ni saje nk kasi umpphh skit. Padahal rasanya masam manis strawberry je tp I loike it. Ok la tanpa berlengah lagi check la resepi kat bawah ni ye.



BAHAN:-
(utk acuan kek bulat 18 cm)
(30 minit)

Crust
Butter .......... 40g
Gula .......... secukup rasa
Biskut tawar .......... 25 keping (sy guna biskut Ritz)

Cheese 
Strawberry Jem .......... suka hati
Gula .......... 200 g
Cream cheese .......... 200g (suhu bilik)
Telur .......... 1 biji
Jus lemon .......... 1 sudu kecil
Gelatin debu .......... 12 g
Plain yogurt .......... 200g
Whipping cream .......... 1/2 cawan
Cuka .......... 1 sudu kecil
Ekstrak vanila .......... 1 sudu kecil

CARA:-

  1. Kisar biskut dalam food processor shingga halus. Butter dicair dengan api sederhana dalam periuk kecil. Kemudian campurkan kisaran biskut, gula(sy masukkan secubit saje) dan butter yang telah dicairkan tadi. Gaul dalam satu bekas(kisaran biskut dan butter tu tak jadi berketul tp masih berdebu). Sediakan bekas acuan dan tuang campuran tadi ke dalamnya. Ratakan biskut tersebut dengan tangan. Sapukan strawberry jem atas biskut jika mahu. Kemudian masukkan dalam peti sejuk utk seketika.
  2. Panaskan oven ke 200 darjah. 
  3. Utk bahagian inti, mula2 pukul cream cheese dengan hand mixer sehingga jadi cream. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil pukul dgn handmixer. Bila cream dah nampak berkilat masukkan telur dan kacau lagi.
  4. Kemudian masukkan jus lemon, gelatin debu, plain yogurt, whipping cream, cuka dan vanila secara turutan sambil kacau dengan hand mixer. Kacau sampai semua sebati dan kelihatan cair.
  5. Keluarkan acuan tadi dari peti sejuk. Masukkan adunan cheese tadi ke dalam bekas acuan dan ratakan. Untuk corak2 atas boleh digunakan pewarna merah dan juga perisa strawberry dan titikkn ke atas kek. Hias ikut suka.
  6. Masukkan acuan tadi ke dalam oven yg bersuhu 200 darjah dan bakar selama 15 minit. Kemudian turunkan ke 150 darjah dahn bakar selama 40 minit. Ini utk mendapatkan crust atas yg berwarna klassik dan juga sedikit rangup.
  7. Keluarkan dari oven dan sejukkan dengn suhu bilik. Bila dah sejuk masukkan dalam peti sejuk utk mengeraskan isi dalam. Sejukkan 4 jam atau satu malam. Bila dah keras sedia utk dihidang.

Let's Eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-


Tuesday, December 4, 2012

Resepi 2 : Bake Mayo Potato

Assalamualaikum wbt..
Salam selera..

Hari ni just nak share dinnerku untuk hari ini. Hari ini try buat Bake Mayo Potato sebab ada bahan lebih dan juga resepinya pon mudah. Yang ni pon aku korek dari buku masakan Jpn je.



Rasanya biasa saje cuma healthy la. Ekceli kalau tengok buku tu dy ada guna bahan yg tak boleh tp aku ubah suai la skit. Saja untuk mengisi masa lapang.


Ok la, resepi seperti yg tertera di bawah ye.


BAHAN2:-
(utk 2 orang)
(15 minit)

Ubi kentang .......... 2 biji
Mayonis .......... 2 sudu besar
Shouyu .......... 1 sudu kecil
Cuka makan .......... 1 sudu kecil
Gula .......... 1 sudu kecil
Katsuobushi .......... 1 cengkam
Mayonis utk hiasan .......... Suka hati
Paseri kering .......... Suka hati

CARA:-

  1. Kupas kulit ubi kentang. Belah dan potong kecil2(dadu). Letak dalam pinggan tahan haba dan masukkan ke dalam oven. Panaskan 3-4 minit. Kemudian letakkan dalam satu bekas.
  2. Mayonis, shouyu, cuka makan, gula disatukan dalam satu bekas dan kacau. Kemudian tuangkan campuran cecair tersebut ke dalam bekas ubi kentang. Masukkan katsuobushi dan kacau sebati semua campuran tadi bersama.
  3. Bila dah sebati masukkan ke dalam bekas gratin. Hiaskan atas ubi kentang tersebut dengan mayonis dan juga paseri. Bakar dalam oven 150 darjah lagi sekali 5-10 minit sehingga ubi kentang kekuningan. Siap untuk dihidangkan.

Let's Eat!!


-Savory seasonings stimulate the appetite-

Monday, December 3, 2012

Resepi 1 : Chicken with Shimeji n Onion

Assalamualaikum wbt..
Salam selera..

Kali ni nk wat post pertama utk kategori masakan utk blog ni. In shaa Allah, klau xde halangan n rintangan akan berterusan mengupload resipi2 yg aku wat utk mkn sendiri sepanjang brbujang di kg Yonezawa ni.
Ini semua atas dorongn dan galakan dr kwan2 yang suruh buka kedai/blog psal msak2. Seperti yg dah sedia maklum blog ni akan turut berkongsi cerita psal perjalananku merantau ke benua2 asing lain. So, klau ade salah silap atau komen mengenai post2 ni sila utarakn ye.

Ok la, tanpa bnyk celoteh lagi, dipersembahkan masakan yg ekceli selalu je buat bile malas sbb cepat dan senang. Masakan Jepun biasenye mudah, cepat n healthy dan aku prefer this one la klau malas sangat n on the same time nk diet la kononnya..hihi..



Namanya鶏肉としめじの玉ねぎソースあえatau translatenye daging ayam bersama cendawan shimeji dan sos bawang besar. Ekceli trbace resepi ni kat dalam buku masakan Jpn kat kedai buku. Tp ubah suai la skit demi menghalalkannya.

So, resepinya seperti yg tertera di bawah ye.


BAHAN2-
(utk 2 orang)
(10 minit)


Bawang besar .......... 1/2 biji
Lobak merah .......... 1/2 batang (pilihan)
Shouyu(kicap Jepun) .......... 1 sudu besar
Cuka makan .......... 1 sudu besar
Gula .......... 1/2 sudu besar
Halia(blend) .......... 1/2 sudu kecil
Dada ayam .......... 1 keping
Cendawan shimeji .......... 1 cengkam
Minyak .......... 1 sudu besar
Garam, lada sulah, daun bawang .......... secukup rasa

CARA2-

  1. Bawang besar dipotong dadu/halus. Lobak merah dipotong slice*(tak nak letak pon takpe)
  2. Shouyu, cuka, gula dicampur bersama dan sebatikan ketiga-tiganya. Kemudian masukkan potongan bawang besar tadi ke dalam campuran cecair tersebut.
  3. Potong ayam kecil2. Cendawan shimeji dibasuh dan disejat.
  4. Tuangkan minyak masak ke dlm kuali. Bila dah panas goreng ayam tadi dengan api sederhana. Bila dah separuh masak ayam tersebut masukkan cendawan shimeji.
  5. Kemudian masukkan campuran 2 ke dalam kuali dan masak dengan api kecil. Tambah garam secukup rasa.
  6. Bila sudah masak, hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan lada sulah dan juga daun bawang yang telah dipotong. Siap untuk dijamu.
Let's Eat!!


-Savory seasonings stimulate the appetite-

Bulan terakhir 2012 sudah tiba, Disember namanya

Assalamualaikum..

Sudah lama xberblog disebbkan kesibukan ngn pelbagai perkara minggu lepas. Dari midsem exam ke job hunting day n then ke Sendai utk menduduki peperiksaan Japanese Languange Proficiency Test. Otsukaresamadeshitapp..

Penulis dgn payung putih kesayangannya
Ditambah pula minggu lepas bermulanya salji lebat turun yg boleh dianggap luar kebiasaan dr tahun2 sebelum ini. Salji lebat yang biasenye turun pada hari2 berdekatan krismas trun pada awal bulan 12. Pelik tp benar. Apa lagi mula la excited bila dapat berjumpa ngn sang putih ni lagi (walaupon ni tahun ke 3 bertemu dgnnya). Still xpuas. Permulaan memang la suka-suki sbb blom tsumoru atau bertimbun lagi. Bile dah start bertimbun sampai 1 meter tinggi bru la nangis cari musim pnas plak. Begitu la riwayat hidup kat kg Yonezawa permai ini.

Salji atas rumput kat depan rumah
 Saja untuk santapan, sedikit gambar salji yang turun kat Yonezawa ni.

Pintu masuk kedai kat Uesugi


Salji yang start lebat 
Sebenarnya xde la rase nk berceloteh lama sangat pon arini. Saje tangan ni gatal nk menaip sbb dah lama x ketang-ketung ni..hihi..

Ok la, sampai sini saje post utk yg ini. Akan ade satu lagi post yg akan menyusul kejap agi.

Bye2..

-Restful Retreat-

Saturday, November 17, 2012

Langkahan ke Dunia Baru

Assalamualaikum..

Hari ini cuaca mendung dan juga hujan dingin dengan suhu sekitar 6 C. Mengharapkan salji turun esok paginya yang entah jadi kenyataan atau tidak. Apa2 pun hari ini entah mengapa diriku sentiasa teringat akan hari pertama or first day menjejakkan kaki ke tanah samurai ini demi menuntut ilmu. Mungkin kerana saat itu juga cuacanya pun sebegini agaknya. Aku sendiri pun sudah lupa.

Japan Airlines (JAL)
 

Gambar diatas yang tertulis 'Yokoso! Japan' atau maksudnya 'Welcome to Japan' adalah gambar pertama yang berjaya disnap di tanah Sakura ini. Saat itu yang seingatku perasaan berbaur sedih kerana terpaksa meninggalkan keluarga dan juga kenalan di Malaysia n pada masa yang sama juga gembira kerana akhirnya cita2ku untuk memijak Jepun ni tercapai juga setelah meredah onak duri semasa belajar di AAJ, Universiti Malaya dulu. Minna arigatou~.




Gambar sahabat2 satu batch, AAJ Batch 27 yang fly bersama pada hari tersebut. Agak2nya apalah perasaan mereka juga ya? Satu denganku juga kot. Semenjak dari saat itu, kami semua berpisah menuju universiti masing2 demi memulakan hidup baru di sini. Ada yang ke selatan pulau Jepun ni, Kyuushuu n ada juga yang ke utara, Hokkaido. Ada yang ke tengah2 Jepun dan ada juga yang ke utara pulau Honshuu seperti mana aku. Rindu mereka semua. Ada antara mereka yang langsung belum bertemu semenjak perpisahan hari tersebut. Hope u all can be a better man n good luck in whatever u do~

Gambar saat itu. Cuba bandingkan dengan sekarang ;P

Ketakutan dan kerisauan juga sentiasa berlegar dalam diriku namun daku tetap gagah melangkah demi mencipta sejarah baru dalam kehidupanku. Bermula lembaran baru dan pada saat inilah aku berazam ingin berubah menjadi insan yang berjaya yang boleh membanggakan keluarga, agama, bangsa, negara, dunia dan juga berjaya di akhirat kelak. Amiinn..

Setakat ini sahaja kot post kali ni. Mengimbau nostalgia lama yang akan kekal dalam ingatan sepanjang zaman. In shaa Allah..

-Striving for Excellence-

Pengenalan Icon mengikut tema

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434 H kepada semua muslimin n muslimat sekalian. Diharapkan tahun baru ini akan disusuli dengan amal dan juga azam baru demi menggapai kejayaan di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Beberapa hari tidak bersiaran disebabkan sibuk dengan kelas n juga peperiksaan minggu ini. Alhamdulillah, akhirnya selamat juga menghadapi seminggu yang meletihkan sedikit pada pandanganku. Namun disulami juga dengan beberapa perkara menarik. Apakah perkara menarik itu? Rahsia..

Kali ini saya hanya ingin memperkenalkan 'watermark' baru bagi kategori 'kitchen' n 'travel' yang akan digunakan dalam gambar2 saya. Biasa sahaja sebab tidaklah pandai sangat meng'edit' gambar2 ini. Masih belajar.

Tanpa berlengah lagi saya persembahkan..



Kedua-duanya akan saya gunakan dalam setiap gambar saya sebagai tanda hak milik terpelihara.
Dengan ini berakhirlah post saya untuk kali ini. Diharap anda semua enjoy.

-Striving for Excellence-


Tuesday, November 13, 2012

Makna Musim luruh/Autumn/秋 Padaku~

Assalamualaikum..

“Autumn...the year's last, loveliest smile.” by William Cullen Bryant

Post ke 3 untuk hari ini. Saja ingin menambah bilangan post. Biar nampak banyak. Seperti mana tajuk di atas, Jepun atau negara2 hemisfera utara umumnya kini berada di musim luruh (sekarang akhir luruh). Musim di mana daun2 pokok terpilih bertukar warna dari hijau ke kuning, merah yang mencantikkan suasana sekeliling dan akhirnya gugur meninggalkan ranting. Musim ini juga merupakan musim kesukaan saya secara peribadi seperti mana quote diatas kerana kecantikannya yang tiada tandingan dan juga keistimewaannya berbanding musim2 lain. Sesungguhnya segala ciptaanNya itu adalah sempurna dan menghendaki hambanya berfikir tantang kejadian tersebut.

Gambar di sekitar Uesugi Jinja
“Fall has always been my favorite season. The time when everything bursts with its last beauty, as if nature had been saving up all year for the grand finale.”

Umum mengetahui bahawa musim ini hadir selepas musim panas/summer/夏 dan suhu beransur nyaman dan sejuk. Musim ini juga merupakan musim petani menuai hasil tanaman untuk tahun tersebut dan juga musim menambah berat badan. Warna2 daun dan juga suasana yang sejuk sering kali membangkitkan selera makan/appetite/食欲 penghuni2 negara 4 musim di samping pelbagai aktiviti2 yang berkaitan makanan dijalankan di sana-sini. Bagi negara Jepun ini, promotion berkaitan makanan boleh dilihat dimana2 contohnya oden, imoni dan juga boleh menikmati kesegaran hasil tanaman. Contohnya buah apples, persimmons, grapes, strawberries dan pelbagai lagi. Makanan lain yang juga terhad pada musim ini juga keluar bak cendawan lepas hujan. Jika ke pasar raya di sini, pasti rambang mata dengan semua pilihan yang ada.

Begitulah sedikit sebanyak berkenaan musim luruh secara amnya. Pelbagai lagi keistimewaan musim ini yang mungkin akan saya kupas dalam post2 seterusnya. Wassalam..(^.^)

Penulis dishot oleh seseorang
My thought of autumn as written below,
-Autumn passes and one remembers one's reverence-

Pengenalan Diri Penulis

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi akhirnya menjadi kenyataan juga buatku untuk membuka blog ini di samping berkongsi cerita mahupun idea2 bernas bersama pelayar2 sekalian. Selamat datang diucapkan kepada yang sudi menjenguk ruangku ini dan diharap dapat memberi manfaat kepada semua. Disebabkan masih bayi dalam bidang ini, diharapkan pelayar2 sekalian dapat memberi tunjuk ajar dan juga galakan kepada diriku ini yang masih mentah ini dalam berkongsi ilmu2 berblog. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih n arigatou kepada semua. 

Sebelum berblog lebih jauh, adalah lebih baik jika saya ber'jikou shoukai' ataupun kenalkan diri secara ringkas kepada semua berkenaan biodata diri saya terlebih dahulu.

Me

Nama : Mohd Hafiz bin Abdul Wahab
Nama Panggilan : Hafiz Wahab
Nama Pena : hazelfy
Tarikh lahir : 18  Mei 1990
Asal : Kelantan Darul Naim
Sejarah Pendidikan : Sekolah Kebangsaan Geting 1 (1997-2001)
                                Sekolah Kebangsaan Seri Wakaf Bharu (2002)
                                Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Falahiah (2003-2007)
                                Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya (2008-2010)
                                Universiti Yamagata (2010-sekarang)
Bidang Pengajian : Kejuruteraan Kimia
Cita-cita : Jurutera dan Pensyarah
Hobi : Surf internet, reading books, shopping, cooking, travel
Perangai : Pemalu, peramah, baik, suka cabar diri untuk sesuatu yang ekstrim
Impian : Menawan 7 benua, anugerah Nobel, menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat,    
           berjaya di dunia dan akhirat
Kata2 Semangat : Limitless Possibility

Begitulah sedikit sebanyak berkenaan dengan diri saya yang mampu dikongsi bersama sebagai manusia yang lemah di muka bumi ini. Diharap dengan perkongsian ini dapatlah pelayar2 semua mengagak secara kasar karekter penulis ini. Segala salah silap saya mohon ampun maaf.

Setakat ini sahaja post kali ini. Wassalam.. (^.^)

-Striving for Excellence-


  



Pembuka Bicara


Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt..

Bismillah pembuka bicara,
Assalamualaikum tanda bersua,
Apa khabar pembaca semua,
Harap sihat sejahtera belaka.

Begitulah pantun empat kerat yang mampu disampaikan sebagai pembuka bicara kepada blog ini. InsyaAllah, blog ini akan memaparkan coretan kehidupan saya dan perkongsian minat dalam bidang pelancongan dan juga masakan dengan sesiapa sahaja yang berminat. Mungkin juga akan diselitkan dengan tema-tema minor yang mana dapat kita kongsikan ilmu-ilmu yang terdapat di dunia ini. Sebagai manusia yang lemah ini, segala kekacauan bahasa atau ungkapan yang mengguris, awal-awal lagi saya ingin memohon ampun maaf. Jika tersilap sila tegur. Diharapkan blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pelayar dan mendapat keberkatan daripada Allah hendaknya. InsyaAllah. Sebagai penutup bicara ingin saya nyatakan beberapa perkara dan juga kesimpulan seperti dibawah : 

> Post disini tidak akan menggunakan bahasa baku.
> Tema utama adalah lebih kepada pelancongan dan juga masakan.
> Tema-tema yang mungkin tidak berkaitan akan turut dipaparkan sebagai kepelbagaian.
> Ketercampuran bahasa mungkin wujud dalam sesi pengarangan.
> Sila komen sesuatu yang bernas.
> Semua gambar yang dipaparkan adalah hak milik terpelihara. Dilarang meng'copy' secara haram tanpa kebenaran pemilik.

Mungkin setakat ini sahaja untuk post sesi pertama ini. Diharap bersua lagi.
Wassalam..