Thursday, January 10, 2013

Resepi 7 : Spicy Tuna Mini Pizza

Assalamualaikum..
Salam selera..

Hari ni rajin skit, so upload bnyk la resepi..bile malas langsung xde..hehe..sbb arini asyik terkenangkan Itali maka terhasil la satu agi resepi buatan sendiri..dipersembahakan Spicy Tuna Mini Pizza..haha..yum3..sedap la jgk walaupon wat simple2 je..


Ekceli nak isi masa lapang n menghabiskan bahan yang ada kat dapur tu..sbb tu rajin la sangat wat bende2 ni..sambil2 bleh wat supper kn..hehe..


Ok la, malas nk meleter bnyk2..letih dah..dipersilakan tngk resepi kat bawah ye,


BHAN2:-
(utk 1 orang)
(15 min)

Piza crust .......... 1 keping (sy guna saiz kecil)
Tuna flakes .......... 1/2 tin
Cili padi .......... 4 biji (ditumbuk lumat)
Mayonis .......... 1 sudu besar
Olive oil .......... 1/2 sudu besar
Sos tomato .......... 1 sudu besar
Garam/Gula .......... secukup rasa
Cendawan .......... sesuka hati
Chikuwa/Fish cake .......... 1 batang
Parmesan cheese .......... sesuka hati
Mix cheese .......... sesuka hati
Daun paseri ........... sesuka hati
Basil .......... sesuka hati

CARA2:-


  1. Tumbuk cili padi hingga lumat. Kemudian campur bersama dengan tuna flakes ke dalam satu bekas.
  2. Dalam bekas yang sama, masukkan mayonis, olive oil, sos tomato, garam, gula dan kacau sebati sehingga kelihatan seakan krim.
  3. Lumurkan campuran tadi ke atas piza crust dan ratakan.
  4. Taburkan sedikit mix cheese. Kemudian letakkan cendawan, chikuwa dan apa sahaja benda yang disukai. Lapiskan sekali lagi dengan mix cheese.
  5. Sebagai hiasan, taburkan parmesan cheese, paseri, basil dan juga mayonis/sos tomato jika suka. 
  6. Bakar dalam oven yang bersuhu 180 C selama 15 minit. Siap untuk dihidangkan.
Let's Eat!!


-Savory seasonings stimulate the appetite-


No comments:

Post a Comment