Sunday, January 27, 2013

Resepi 25 : Shortbread Cookies

Assalamualaikum..
Salam selera..

Hari ini langit biru cerah di kg Yonezawa dengan suhu paling tinggi 0C dan yang paling rendah dalam -5C. Sangat berbeza dengan cuaca semalam yang extreme dengan ribut salji/blizzard. Walaubagaimanapun penulis tetap tidak keluar dari sarang penginapan kerana dibimbangi duit di ngap oleh kedai..huhu..kemiskinan melanda saat ini. Gaji dijangka masuk esok. Alhamdulillah..


Bakery harini, Biskut Shortbread!! Simple yet crunchy..love it..ambil dari sini Shortbread Cookies. Acuan gingerbread man digunakan untuk melambang manusia dan beza warna sambil berpimpin tangan, tiada perbezaan darjat kedua-duanya. Semua sama sahaja. Yang penting aman. Stop wars!!


Selain acuan gingerbread man, turut digunakan 2 corak lagi, shuriken n love shape.


Perkongsian kasih hitam dan putih. Look sweetkan!!


Rupa asal lepas bakar dan disejukkan. Sedia untuk dicelup dalam coklat. So, untuk mendapatkan resepi sweet dan crispy ini silalah rujuk bawah ye..

8 orang?! Ape maknenya..

BAHAN2:-
(50 biji)

Tepung gandum .......... 260 g
Garam .......... 1/2 sudu kecil
Mentega .......... 226 g
Gula .......... 60 g
Esen vanila .......... 1 sudu kecil

Coklat ganache
Semi sweet chocolate .......... 180 g

CARA2:-
  1. Campurkan tepung gandum dan garam dalam satu bekas dan ayak. Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan mixer, putar mentega sehingga lembut. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil kacau dan akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau sebati. Jangan terlebih kacau!!
  3. Ambil sedikit tepung dan tabur sekitar doh supaya tidak melekat di tangan. Untuk hasilkan yang lebih baik, simpan doh tadi dalam plastik beg dan di sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. *Penulis skip yang ni.
  4. Selepas itu uli acuan tadi di atas papan penguli yang sudah ditaburi tepung bagi mengelakkan melekat. Jika masih melekat tambahkan tepung ke doh dan uli.
  5. Bila seakan-akan kurang melekat bolehlah dicanaikan degan menggunakan pencanai dengan ketebalan yang disukai. Terapkan aduan dengan bentuk/acuan yang disukai.
  6. Alihkan bentuk yang dah diterap ke bekas pembakar yang telah dilapik cooking paper. Susun dan bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 8-10min.*Penulis suka yang sedikit garing
  7. Sementara menunggu cairkan coklat degan kaedah double boiling. 
  8. Siap bakar sejukkan sementara biskut tersebut. Bila dan sejuk bolehlah dicelup ke dalam coklat mengikut corak yang diingini. Kemudian sejukkan.
Let's Eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-





Lunch tadi..fusion Jepun n Itali

Assalamualaikum..
Salam Ahad..

Sebenarnya ingin menaip post ni tengah hari tadi tp terlupa disebabkan kesibukan dengan persiapan peperiksaan minggu ni. Akan tetapi study macam mana pun tetap kena makan kan..hehe

Post ni just nak memperkenalkan lunch penulis hari ini. Disebabkan malas masak maka hanya menggunakan yang segera. Janji sedap dan cepat..haha..

Di samping itu, post kali ini juga ditujukan kepada sesiapa yang ingin datang ke Jepun dan pening makanan halal apa yang boleh didapati di sini, kali ini penulis kongsikan produk ini. Namanya Tarako Krim Spagetti iaitu fusion antara Jepun dan Itali.


Sememangnya tidak ada tanda halal yang sah dari JAKIM tapi insyaAllah boleh dimakan jikalau berdasarkan ingredient yang terpapar kat belakang bungkusan cute ini. 


Kat belakang bungkusan ini ada ditulis cara2 penyediaan tapi dalam bahasa Jepun. Tapi rasanya tengok gambar pun boleh faham. Penyediaan yang mudah dan cepat. Amat digalakkan kepada penggemar spagetti kerana perisa ini hanya terhad kat Jepun sahaja. Itali pun tidak ada ye..


 Spagetti segera perisa tarako ini sebenarnya merupakan kegemaran penulis disebabkan rasa krim dan juga tarako tu sendiri yang seolah-olah mencair di dalam mulut. Rasa krim itu akan membuatkan rasa ingin menambah lagi buat kali kedua.

Tahukah anda apakah itu tarako? Tarako(鱈子) sebenarnya ialah sejenis telur ikan. Untuk maklumat lanjut layari di sini ye..http://en.wikipedia.org/wiki/Tarako_(food)..


Cara hidangannya bergantung kepada individu. Asasnya spagetti, tarako cream dan taburan rumpai laut/nori sahaja seperti gambar di atas namun penulis amat gemar makan spagetti ini bersama dengan telur mentah. Rasanya lagi uummmhhppp...haha..

Asalnya tidak suka makan telur apatah lagi mentah namun semenjak jejak kaki kat bumi sakura ni memang jadi hantu telur mentah. Baik untuk kesihatan dan diet sebenarnya. Terbukti.



Gambar di ats menunjukkan rupa spagetti bila dah digaul sebati. Nyum2..Kejap je ni habis di ngap..sedap sangat.

Gochisou-sama!! Alhamdulillah!! Kenyang perut suka hati!!

So, ini adalah salah satu makanan keluaran Jepun yang insyaAllah boleh makan di sini. Bagi traveler2 sekalian jangan takut untuk datang ke sini kerana bimbang akan ketiadaan makanan halal. Yakinlah makanan halal ada di mana2 sahaja. Cuma rajin mencari atau tidak aje..

Harap sedikit sebanyak post ini dapat membantu traveler sekalian. Setakat ini sahaja post kali ini. 

Jumpa lagi..

-Halalan Toyyiba-


Saturday, January 26, 2013

日本文化と和菓子/Japanese Culture n Sweets

Assalamualaikum..
Salam bertemu kembali..

Ari ni minta maaf kerana dapur tidak berasap disebabkan keletihan. Ari ini sebenarnya pergi mengikuti kelas belajar membuat kuih Jepun ataupon dipanggil 和菓子(wagashi).  


Kelas ni sebenarnya hanya dikhaskan kepada foreigners kat area Yonezawa ni. Diadakan supaya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang kewujudan kuih-muih Jepun yang mungkin kurang diambil perhatian. Kemungkinan ini adalah kali pertama kampus Yonezawa membuat program ini dan nampaknya menarik.


 Atas ni ialah Nagai sensei iaitu pengajar cara membuat kuih Jepun untuk sesi hari ini. Seorang yang baik dan suka berjenaka yang menceriakan lagi suasana kelas ari ni. Dia sebenarnya waris ke 5 pemilik Nagaiya atau kedai kuih muih Jepun Nagai yang seperti dimaklumkan famous la juga di area Yamagata ini. (walaupun xpernah makan pon kuih-muih keluaran kedai ni atas sebab was2 kerana tidak tahu cara buatannya).



Semua orang bertungkus lumus mengukir hasil sendiri sambil diajar oleh sensei.


Dan ini hasil yang dibuat penulis. Wanna try some? First time buat kuih Jepun yang rasanya tidaklah susah cuma perlukan ketelitian kerana itu adalah prinsip orang Jepun.


Gambar atas ini menunjukkan kuih Jepun yang dikeluarkan oleh Nagaiya ini dan kami diberi peluang untuk merasai kuih yang manis 'meleting' ini. Tapi sememangnya semuanya sedap. Membuatkan diri ini teringat kat kampung halaman di Kelate sana. Arigatou Ojisan.


Di bilik yang lain kami semua berkumpul untuk menikmati kuih Kinton dan Nerikiri yang kami buat sebelum tu. 


Melalui proses sadou, kami terpaksa minum matcha yang pahit ini kerana katanya sensei bila makan benda manis, minum benda pahit akan membuatkan makanan menjadi lebih sedap. Maka minumlah akhirnya walaupun menggeleng kepala.


Inti dalam Kinton yang dibuat. Kacang merah yang dibaluti dengan mochi. Chewy, Sweet.. Tapi ekceli sayang nak potong sebab rupanya cute dan cantik namun terpaksa. Kalau disimpan alamaknya tumbuh la kekabu putih atas nanti. N kata sensei kemungkinan kelembapan dalam kuih ini hilang maka kesedapan pon hilang.



Yang di Limited Edition Manjuu yang hanya boleh didapati di Yamagata University sahaja. Namanya Yamagata Daigaku Manjuu. Namun rasanya sangat sedap. Dibuat daripada keju dan gabungan bahan Jepun, sedap sehingga tak terkata..hihi



Dan ini semua peserta yang menyertai program arini. Minna otsukares..

Dengan ini berakhirlah program untuk arini. Sangat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman yang berharga ini. Jikalau ada lagi ingin turut serta agi. Samapai di sini saja coretan kali ini. Saja ingin berkongsi pengalaman bersama pengunjung blog ini dan juga sepanjang catatan diari peribadi untuk kenangan di masa tua. Terima kasih semua.

Bye2..

-Restful Retreat-




Friday, January 25, 2013

Resepi 24 : Donut Bakar Cinnamon

Assalamualaikum..
Salam selera..

Bersua kembali di laman ini. Arini sedikit busy dengan perkara berkaitan uni. Namun tetap gigih ingin membuat sesuatu kat dapur. So, hasilnya tadaaa...Cinnamon Baked Doughnuts..


Resepinya ada terbaca dalam buku masakan. Tapi ubah suai sikit bersempena dengan bahan yang ada kat rumah..hihi..Cuaca yang kurang menentu kebelakangan membuat diriku pun jadi tidak menentu. Hari ini cuaca Yonezawa paling tinggi pon 0C degan salji lebat turun. Tiba2 jadi rajin memasak dan mengupload kat blog ni. Apa2 pon dapat la berkongsi dengan sesiapa saja masakan hari ini harapnya.



Dah lama x merasa donut. So, arini tercipta la donut yang bagiku rasanya sedap juga la. Terima kasih orang buku..hihi..Donut ni dibakar dalam oven dan bukannya goreng yang seperti biasa tu. So, xde la berminyak sangat. Lembut dan bahagian atasnya rangup. Suka..hihi..


Ok la, malas dah berceloteh yang entah apa2 ni. Untuk resepinya sila la rujuk di bawah ye..



BAHAN2:-
(acuan kecil 30 biji)

Donut
Tepung gandum .......... 1 1/2 cawan
Gula .......... 1 cawan
Baking powder .......... 2 sudu kecil
Serbuk kulit kayu manis/cinnamon .......... 1 sudu kecil
Serbuk buah keras/nutneg .......... 1/2 sudu kecil
Garam .......... 1/2 sudu kecil
Telur ......... 1 biji saiz besar
Susu segar .......... 1 cawan
Mentega cair .......... 2 sudu besar
Esen vanilla ....... 2 sudu kecil

Topping(pilihan)
Susu pekat manis .......... sesuka hati
Colourful chocolate rice .......... sesuka hati

CARA2:-

  1. Masukkan tepung gandum, gula, baking powder, cinnamon, nutmeg dan garam dalam satu bekas dan kacau rata.
  2. Dalam bekas yang besar, pukul telur dan kemudian masukkan susu segar, mentega dan vanilla.
  3. Tuangkan bahan kering tadi sedikit demi sedikit ke dalam campuran bahan basah tadi dan kacau sebati.
  4. Guna senduk ataupon sudu dan tuangkan ke dalam bekas acuan. Bakar dalam oven yang bersuhu 180C dengan masa 17 minit.
  5. Bila dah masak keluarkan dan sejukkan untuk seketika. Apabila dah sejuk bolehlah dihiaskan dengan bahan kesukaan.
Let's Eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-



Thursday, January 24, 2013

Resepi 23 : Almond Milkhorlicks Pound Cake

Assalamualaikum..
Salam selera..

Again for 3rd time..hehe..Resepi mudah dah menyelerakan..Almond Milkhorlicks Pound Cake..nama rekaan semata-mata..berbelit-belit lidah..hehe..


Actually ni resepi gabungan antara susu pekat dan horlick..rekaan sendiri..sebab itu namanya berbelit-belit..hehe..Kerangupan almond yang dibakar dibahagian luar tu membuatkan seolah-olah sedang memakan crust. Suka sangat..hehe..badan kek tu sendiri lembut dan dense dan basah yang membuatkan kek ni dua dalam satu..rangup dan lembut..


Suka sangat tastenya..so, sapa yang kepingin tu silalah rujuk resepi seperti dibawah ya..


BAHAN2:-
(8 inci saiz acuan pound standard)

Tepung gandum .......... 1 cawan
Baking powder .......... 3/4 sudu besar
Garam .......... secubit
Serbuk horlick .......... 1/2 cawan
Mentega .......... 1 cawan
Gula .......... 1/2 cawan
Telur .......... 2 biji
Susu pekat manis .......... 1/2 cawan
Esen vanilla ......... 1 sudu kecil
Kepingan badam .......... sesuka hati

CARA2:-
  1. Campurkan tepung gandum, baking powder, garam, serbuk horlick dalam satu bekas dan kacau sebati.
  2. Dalam bekas besar, kacau mentega yang bersuhu bilik sehingga lembut. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan kacau. Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau. Masukkan susu pekat, esen vanilla dan kacau lagi sehingga semua bersatu.
  3. Masukkan sebatian kering tadi sedikit demi sedikit ke dalam sebatian basah tadi dan kacau sehingga semua sebati. 
  4. Tuang ke dalam acuan dan taburkan kepingan almond. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 30-35min.
  5. Bila dah masak sejukkan dan boleh la dihidangkan.
Let's eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-


Resepi 22 : Matcha Mochi Cupcakes

Assalamualaikum...
Salam selera...

Sesi kedua arini. Sedikit rajin dari biasa. So, resepi bertambah..hehe..Matcha Mochi Cupcakes namanya..seakan-akan sama dengan resepi sebelum ni cuma bentuk je yang lain..bolah la try ye..


First time try guna silicon cup, impression ok la..hehe..Tahukah anda apa itu matcha? matcha tu sebenarnya teh hijau yang berbentuk serbuk dan amat kerap digunakan dalam masakan jepun kerana rasanya. Penulis sebenarnya amat meminati matcha semenjak datang ke dunia sakura ni.


Cupcake ni diberi nama sebegitu kerana kekenyalan kek tu sendiri ditambah lagi dengan whipping cream kat atasnya. Rasanya ok la. Bagiku suka la.So, resepinya seperti biasa terpampang kat bawah ni ye..


BAHAN2:-
(20 cup saiz 5)

Tepung mochi .......... 1/2 cawan
Tepung gandum ......... 1/2 cawan
Baking powder .......... 1 sudu besar
Serbuk matcha .......... 1 1/2 sudu besar
Telur .......... 3 biji
Susu segar .......... 1 1/2 cawan
Minyak sayur .......... 3/4 cawan
Whipping cream .......... sesuka hati (pilihan)
Serbuk matcha .......... sesuka hati (pilihan)
Bijan hitam .......... sesuka hati (pilihan)

CARA2:-
  1. Campurkan tepung mochi, gula, baking powder dan serbuk matcha ke dalam satu bekas dan sebatikan bahan kering tersebut.
  2. Dalam satu bekas yang lain, masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian, tuangkan susu dan juga minyak dan kacau sehingga sebati semua cecair tu.
  3. Masukkan bahan kering tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan basah tadi dan kacau sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana dibimbangi cupcake tidak naik.
  4. Tuangkan sebatian tadi ke dalam acuan dan bakar dalam ketukar dengan suhu 180C selama 20-25min.
  5. Bila dah masak dan disejukkan sekejap, hiaskan bahagian atas cupcake dengan whipping cream, matcha, atau bijan untuk kelihatan lebih menarik.
Let's Eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-


Resepi 21 : Chocolate Mochi Brownies with Matcha

Assalamualaikum...
Salam selera...

Salam bertemu kembali ke dapur Hazelfy. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke dapur yang tidak seberapa ni..Untuk hari ini penulis ingin berkongsi resepi baru yang bertema '和風' atau berbau jepun..hehe..
Chocolate Mochi Brownies with Matcha namanya.. 


Cara membuatnya tidaklah rumit dan hampir sama dengan pembuatan brownies2 lain..cuma yang membezakannya hanyalah ada taburan serbuk matcha kat atas kek sahaja..hihi


Kali ini penulis menggunakan tepung mochi..tepung yang biasanya akan membuatkan tekstur kek menjadi lebih padat dan sedikit kenyal..first time buat guna tepung mochi..hasilnya tadaaa..


Tekstur yang menarik membuatkan penulis semakin menggemari kek ini..mungkin akan membuatnya lagi di masa depan jika berkelapangan..hihi..so, bagi sesiapa yang ingin mencuba silalah rujuk resepi dibawah ye..


BAHAN2:-
(saiz acuan 18x18cm)

Tepung mochi .......... 1 cawan
Gula .......... 1 cawan
Baking soda .......... 1 sudu kecil
Garam .......... secubit
Mentega .......... 4 sudu besar
Cooking chocolate .......... 1/2 cawan
Susu pekat manis .......... 1/4 cawan
Esen vanilla .......... 1 sudu kecil
Telur .......... 1 biji saiz besar
Serbuk matcha .......... sesuka hati
Whipping cream .......... sesuka hati (pilihan)

CARA2:-


  1. Dalam satu bekas campurkan tepung mochi, gula, baking soda dan garam. Sebatikan.
  2. Dalam bekas lain pula, double boilkan mentega dan cooking chocolate sehingga cair.
  3. Dalam besar yang bersaiz besar, masukkan telur, vanilla dan susu pekat bersama. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan campuran mentega dan cooking chocolate tadi bersama. Sebatikan.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam campuran basah tadi. Kacau sehingga campuran berbentuk krim dan anjal.
  5. Tuangkan ke dalam bekas acuan dan masukkan ke dalam oven yang bersuhu 180C selama 40-50min.
  6. Bila kek dah masak dan disejukkan sebentar, lengserkan sedikit whipping cream ke atas kek dan taburkan serbuk matcha dengan kuantiti yang disukai. Siap untuk dihidangkan.
Let's Eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-