Sunday, January 27, 2013

Lunch tadi..fusion Jepun n Itali

Assalamualaikum..
Salam Ahad..

Sebenarnya ingin menaip post ni tengah hari tadi tp terlupa disebabkan kesibukan dengan persiapan peperiksaan minggu ni. Akan tetapi study macam mana pun tetap kena makan kan..hehe

Post ni just nak memperkenalkan lunch penulis hari ini. Disebabkan malas masak maka hanya menggunakan yang segera. Janji sedap dan cepat..haha..

Di samping itu, post kali ini juga ditujukan kepada sesiapa yang ingin datang ke Jepun dan pening makanan halal apa yang boleh didapati di sini, kali ini penulis kongsikan produk ini. Namanya Tarako Krim Spagetti iaitu fusion antara Jepun dan Itali.


Sememangnya tidak ada tanda halal yang sah dari JAKIM tapi insyaAllah boleh dimakan jikalau berdasarkan ingredient yang terpapar kat belakang bungkusan cute ini. 


Kat belakang bungkusan ini ada ditulis cara2 penyediaan tapi dalam bahasa Jepun. Tapi rasanya tengok gambar pun boleh faham. Penyediaan yang mudah dan cepat. Amat digalakkan kepada penggemar spagetti kerana perisa ini hanya terhad kat Jepun sahaja. Itali pun tidak ada ye..


 Spagetti segera perisa tarako ini sebenarnya merupakan kegemaran penulis disebabkan rasa krim dan juga tarako tu sendiri yang seolah-olah mencair di dalam mulut. Rasa krim itu akan membuatkan rasa ingin menambah lagi buat kali kedua.

Tahukah anda apakah itu tarako? Tarako(鱈子) sebenarnya ialah sejenis telur ikan. Untuk maklumat lanjut layari di sini ye..http://en.wikipedia.org/wiki/Tarako_(food)..


Cara hidangannya bergantung kepada individu. Asasnya spagetti, tarako cream dan taburan rumpai laut/nori sahaja seperti gambar di atas namun penulis amat gemar makan spagetti ini bersama dengan telur mentah. Rasanya lagi uummmhhppp...haha..

Asalnya tidak suka makan telur apatah lagi mentah namun semenjak jejak kaki kat bumi sakura ni memang jadi hantu telur mentah. Baik untuk kesihatan dan diet sebenarnya. Terbukti.



Gambar di ats menunjukkan rupa spagetti bila dah digaul sebati. Nyum2..Kejap je ni habis di ngap..sedap sangat.

Gochisou-sama!! Alhamdulillah!! Kenyang perut suka hati!!

So, ini adalah salah satu makanan keluaran Jepun yang insyaAllah boleh makan di sini. Bagi traveler2 sekalian jangan takut untuk datang ke sini kerana bimbang akan ketiadaan makanan halal. Yakinlah makanan halal ada di mana2 sahaja. Cuma rajin mencari atau tidak aje..

Harap sedikit sebanyak post ini dapat membantu traveler sekalian. Setakat ini sahaja post kali ini. 

Jumpa lagi..

-Halalan Toyyiba-


No comments:

Post a Comment