Assalamualaikum..
Salam selera..
Hari ini langit biru cerah di kg Yonezawa dengan suhu paling tinggi 0C dan yang paling rendah dalam -5C. Sangat berbeza dengan cuaca semalam yang extreme dengan ribut salji/blizzard. Walaubagaimanapun penulis tetap tidak keluar dari sarang penginapan kerana dibimbangi duit di ngap oleh kedai..huhu..kemiskinan melanda saat ini. Gaji dijangka masuk esok. Alhamdulillah..
Bakery harini, Biskut Shortbread!! Simple yet crunchy..love it..ambil dari sini Shortbread Cookies. Acuan gingerbread man digunakan untuk melambang manusia dan beza warna sambil berpimpin tangan, tiada perbezaan darjat kedua-duanya. Semua sama sahaja. Yang penting aman. Stop wars!!
Selain acuan gingerbread man, turut digunakan 2 corak lagi, shuriken n love shape.
Perkongsian kasih hitam dan putih. Look sweetkan!!
Rupa asal lepas bakar dan disejukkan. Sedia untuk dicelup dalam coklat. So, untuk mendapatkan resepi sweet dan crispy ini silalah rujuk bawah ye..
8 orang?! Ape maknenya.. |
BAHAN2:-
(50 biji)
Tepung gandum .......... 260 g
Garam .......... 1/2 sudu kecil
Mentega .......... 226 g
Gula .......... 60 g
Esen vanila .......... 1 sudu kecil
Coklat ganache
Semi sweet chocolate .......... 180 g
CARA2:-
- Campurkan tepung gandum dan garam dalam satu bekas dan ayak. Ketepikan.
- Dengan menggunakan mixer, putar mentega sehingga lembut. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil kacau dan akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau sebati. Jangan terlebih kacau!!
- Ambil sedikit tepung dan tabur sekitar doh supaya tidak melekat di tangan. Untuk hasilkan yang lebih baik, simpan doh tadi dalam plastik beg dan di sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam. *Penulis skip yang ni.
- Selepas itu uli acuan tadi di atas papan penguli yang sudah ditaburi tepung bagi mengelakkan melekat. Jika masih melekat tambahkan tepung ke doh dan uli.
- Bila seakan-akan kurang melekat bolehlah dicanaikan degan menggunakan pencanai dengan ketebalan yang disukai. Terapkan aduan dengan bentuk/acuan yang disukai.
- Alihkan bentuk yang dah diterap ke bekas pembakar yang telah dilapik cooking paper. Susun dan bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 8-10min.*Penulis suka yang sedikit garing
- Sementara menunggu cairkan coklat degan kaedah double boiling.
- Siap bakar sejukkan sementara biskut tersebut. Bila dan sejuk bolehlah dicelup ke dalam coklat mengikut corak yang diingini. Kemudian sejukkan.
Let's Eat!!
-Savory seasonings stimulate the appetite-
No comments:
Post a Comment