Saturday, January 26, 2013

日本文化と和菓子/Japanese Culture n Sweets

Assalamualaikum..
Salam bertemu kembali..

Ari ni minta maaf kerana dapur tidak berasap disebabkan keletihan. Ari ini sebenarnya pergi mengikuti kelas belajar membuat kuih Jepun ataupon dipanggil 和菓子(wagashi).  


Kelas ni sebenarnya hanya dikhaskan kepada foreigners kat area Yonezawa ni. Diadakan supaya dapat mendedahkan kepada pelajar tentang kewujudan kuih-muih Jepun yang mungkin kurang diambil perhatian. Kemungkinan ini adalah kali pertama kampus Yonezawa membuat program ini dan nampaknya menarik.


 Atas ni ialah Nagai sensei iaitu pengajar cara membuat kuih Jepun untuk sesi hari ini. Seorang yang baik dan suka berjenaka yang menceriakan lagi suasana kelas ari ni. Dia sebenarnya waris ke 5 pemilik Nagaiya atau kedai kuih muih Jepun Nagai yang seperti dimaklumkan famous la juga di area Yamagata ini. (walaupun xpernah makan pon kuih-muih keluaran kedai ni atas sebab was2 kerana tidak tahu cara buatannya).



Semua orang bertungkus lumus mengukir hasil sendiri sambil diajar oleh sensei.


Dan ini hasil yang dibuat penulis. Wanna try some? First time buat kuih Jepun yang rasanya tidaklah susah cuma perlukan ketelitian kerana itu adalah prinsip orang Jepun.


Gambar atas ini menunjukkan kuih Jepun yang dikeluarkan oleh Nagaiya ini dan kami diberi peluang untuk merasai kuih yang manis 'meleting' ini. Tapi sememangnya semuanya sedap. Membuatkan diri ini teringat kat kampung halaman di Kelate sana. Arigatou Ojisan.


Di bilik yang lain kami semua berkumpul untuk menikmati kuih Kinton dan Nerikiri yang kami buat sebelum tu. 


Melalui proses sadou, kami terpaksa minum matcha yang pahit ini kerana katanya sensei bila makan benda manis, minum benda pahit akan membuatkan makanan menjadi lebih sedap. Maka minumlah akhirnya walaupun menggeleng kepala.


Inti dalam Kinton yang dibuat. Kacang merah yang dibaluti dengan mochi. Chewy, Sweet.. Tapi ekceli sayang nak potong sebab rupanya cute dan cantik namun terpaksa. Kalau disimpan alamaknya tumbuh la kekabu putih atas nanti. N kata sensei kemungkinan kelembapan dalam kuih ini hilang maka kesedapan pon hilang.



Yang di Limited Edition Manjuu yang hanya boleh didapati di Yamagata University sahaja. Namanya Yamagata Daigaku Manjuu. Namun rasanya sangat sedap. Dibuat daripada keju dan gabungan bahan Jepun, sedap sehingga tak terkata..hihi



Dan ini semua peserta yang menyertai program arini. Minna otsukares..

Dengan ini berakhirlah program untuk arini. Sangat gembira dan bersyukur kerana diberi peluang untuk merasai pengalaman yang berharga ini. Jikalau ada lagi ingin turut serta agi. Samapai di sini saja coretan kali ini. Saja ingin berkongsi pengalaman bersama pengunjung blog ini dan juga sepanjang catatan diari peribadi untuk kenangan di masa tua. Terima kasih semua.

Bye2..

-Restful Retreat-




No comments:

Post a Comment