Thursday, January 24, 2013

Resepi 21 : Chocolate Mochi Brownies with Matcha

Assalamualaikum...
Salam selera...

Salam bertemu kembali ke dapur Hazelfy. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke dapur yang tidak seberapa ni..Untuk hari ini penulis ingin berkongsi resepi baru yang bertema '和風' atau berbau jepun..hehe..
Chocolate Mochi Brownies with Matcha namanya.. 


Cara membuatnya tidaklah rumit dan hampir sama dengan pembuatan brownies2 lain..cuma yang membezakannya hanyalah ada taburan serbuk matcha kat atas kek sahaja..hihi


Kali ini penulis menggunakan tepung mochi..tepung yang biasanya akan membuatkan tekstur kek menjadi lebih padat dan sedikit kenyal..first time buat guna tepung mochi..hasilnya tadaaa..


Tekstur yang menarik membuatkan penulis semakin menggemari kek ini..mungkin akan membuatnya lagi di masa depan jika berkelapangan..hihi..so, bagi sesiapa yang ingin mencuba silalah rujuk resepi dibawah ye..


BAHAN2:-
(saiz acuan 18x18cm)

Tepung mochi .......... 1 cawan
Gula .......... 1 cawan
Baking soda .......... 1 sudu kecil
Garam .......... secubit
Mentega .......... 4 sudu besar
Cooking chocolate .......... 1/2 cawan
Susu pekat manis .......... 1/4 cawan
Esen vanilla .......... 1 sudu kecil
Telur .......... 1 biji saiz besar
Serbuk matcha .......... sesuka hati
Whipping cream .......... sesuka hati (pilihan)

CARA2:-


  1. Dalam satu bekas campurkan tepung mochi, gula, baking soda dan garam. Sebatikan.
  2. Dalam bekas lain pula, double boilkan mentega dan cooking chocolate sehingga cair.
  3. Dalam besar yang bersaiz besar, masukkan telur, vanilla dan susu pekat bersama. Kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan campuran mentega dan cooking chocolate tadi bersama. Sebatikan.
  4. Masukkan campuran tepung tadi sedikit demi sedikit ke dalam campuran basah tadi. Kacau sehingga campuran berbentuk krim dan anjal.
  5. Tuangkan ke dalam bekas acuan dan masukkan ke dalam oven yang bersuhu 180C selama 40-50min.
  6. Bila kek dah masak dan disejukkan sebentar, lengserkan sedikit whipping cream ke atas kek dan taburkan serbuk matcha dengan kuantiti yang disukai. Siap untuk dihidangkan.
Let's Eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-



No comments:

Post a Comment