Thursday, January 24, 2013

Resepi 22 : Matcha Mochi Cupcakes

Assalamualaikum...
Salam selera...

Sesi kedua arini. Sedikit rajin dari biasa. So, resepi bertambah..hehe..Matcha Mochi Cupcakes namanya..seakan-akan sama dengan resepi sebelum ni cuma bentuk je yang lain..bolah la try ye..


First time try guna silicon cup, impression ok la..hehe..Tahukah anda apa itu matcha? matcha tu sebenarnya teh hijau yang berbentuk serbuk dan amat kerap digunakan dalam masakan jepun kerana rasanya. Penulis sebenarnya amat meminati matcha semenjak datang ke dunia sakura ni.


Cupcake ni diberi nama sebegitu kerana kekenyalan kek tu sendiri ditambah lagi dengan whipping cream kat atasnya. Rasanya ok la. Bagiku suka la.So, resepinya seperti biasa terpampang kat bawah ni ye..


BAHAN2:-
(20 cup saiz 5)

Tepung mochi .......... 1/2 cawan
Tepung gandum ......... 1/2 cawan
Baking powder .......... 1 sudu besar
Serbuk matcha .......... 1 1/2 sudu besar
Telur .......... 3 biji
Susu segar .......... 1 1/2 cawan
Minyak sayur .......... 3/4 cawan
Whipping cream .......... sesuka hati (pilihan)
Serbuk matcha .......... sesuka hati (pilihan)
Bijan hitam .......... sesuka hati (pilihan)

CARA2:-
  1. Campurkan tepung mochi, gula, baking powder dan serbuk matcha ke dalam satu bekas dan sebatikan bahan kering tersebut.
  2. Dalam satu bekas yang lain, masukkan telur dan kacau sebati. Kemudian, tuangkan susu dan juga minyak dan kacau sehingga sebati semua cecair tu.
  3. Masukkan bahan kering tadi sedikit demi sedikit ke dalam bahan basah tadi dan kacau sehingga sebati. Jangan kacau terlalu lama kerana dibimbangi cupcake tidak naik.
  4. Tuangkan sebatian tadi ke dalam acuan dan bakar dalam ketukar dengan suhu 180C selama 20-25min.
  5. Bila dah masak dan disejukkan sekejap, hiaskan bahagian atas cupcake dengan whipping cream, matcha, atau bijan untuk kelihatan lebih menarik.
Let's Eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-


No comments:

Post a Comment