Thursday, January 10, 2013

Resepi 6 : Spagetti ala Masak Pedas Melayu

Assalamualaikum..
Salam selera..

Buon giorno! hehe..kali ni promote masakan fusion itali-melayu la plak..rindukan Rom di Itali sana tp hati still melekat kat Tanah Melayu..maka terhasillah rekaan sendiri demi mengelakkan pembaziran..haha..dinner utk hari ni ekceli..xde la pelik pon..biasa je masakannya tp x sangka sedap..rsanya pon dah bleh agakkn..hihi





Sbb xde idea sangat nk masak pe, aku mai bubuh je pe yg ade kat dapur tu. Asalkan perut gembira hati pon girang..haha..

Ok la resepi mudah dan shortcut ni seperti di bwah,


BAHAN2:-
(utk 1 orang)
(15 min)

Ayam masak merah .......... lebihan 
Pasta spagetti ......... 1 ikat
Air .......... sesuka hati
Chikuwa/Fish cake .......... 1 batang
Cendawan .......... sesuka hati
Sos tomato .......... 1 sudu besar
Olive oil .......... 1 sudu besar
Susu segar .......... 1 sudu besar
Mix cheese .......... sesuka hati
Parmesan cheese .......... sesuka hati
Daun paseri .......... sesuka hati
Daun basil .......... sesuka hati

CARA2:-


  1. Pasta spagetti direndam dalam air panas sehingga lembik. Kemudian toskan spagetti tersebut dalam penyejat dan bilas dengan air sejuk. Sejat dan ketepikan.
  2. Panaskan olive oil dan tumis/masak balik ayam masak merah lebihan tersebut. Masukkan sedikit air supaya kuah tidak terlampau kering.
  3. Kemudian masukkan sos tomato, chikuwa, cendawan. Masak hingga kuah menggelegak. Bila air hampir kering masukkan spagetti yang disejat tadi. Kacau sebati dan masukkan satu sudu besar susu segar dan juga mix cheese.
  4. Bila masak, hidangkan ke dalam pinggan. Hias dengan parmesan cheese, basil, paseri dan jika suka tuangkan sedikit olive oil ke atas hidangan.
Let's Eat!!


-Savory seasonings stimulate the appetite-




No comments:

Post a Comment