Friday, January 25, 2013

Resepi 24 : Donut Bakar Cinnamon

Assalamualaikum..
Salam selera..

Bersua kembali di laman ini. Arini sedikit busy dengan perkara berkaitan uni. Namun tetap gigih ingin membuat sesuatu kat dapur. So, hasilnya tadaaa...Cinnamon Baked Doughnuts..


Resepinya ada terbaca dalam buku masakan. Tapi ubah suai sikit bersempena dengan bahan yang ada kat rumah..hihi..Cuaca yang kurang menentu kebelakangan membuat diriku pun jadi tidak menentu. Hari ini cuaca Yonezawa paling tinggi pon 0C degan salji lebat turun. Tiba2 jadi rajin memasak dan mengupload kat blog ni. Apa2 pon dapat la berkongsi dengan sesiapa saja masakan hari ini harapnya.



Dah lama x merasa donut. So, arini tercipta la donut yang bagiku rasanya sedap juga la. Terima kasih orang buku..hihi..Donut ni dibakar dalam oven dan bukannya goreng yang seperti biasa tu. So, xde la berminyak sangat. Lembut dan bahagian atasnya rangup. Suka..hihi..


Ok la, malas dah berceloteh yang entah apa2 ni. Untuk resepinya sila la rujuk di bawah ye..



BAHAN2:-
(acuan kecil 30 biji)

Donut
Tepung gandum .......... 1 1/2 cawan
Gula .......... 1 cawan
Baking powder .......... 2 sudu kecil
Serbuk kulit kayu manis/cinnamon .......... 1 sudu kecil
Serbuk buah keras/nutneg .......... 1/2 sudu kecil
Garam .......... 1/2 sudu kecil
Telur ......... 1 biji saiz besar
Susu segar .......... 1 cawan
Mentega cair .......... 2 sudu besar
Esen vanilla ....... 2 sudu kecil

Topping(pilihan)
Susu pekat manis .......... sesuka hati
Colourful chocolate rice .......... sesuka hati

CARA2:-

  1. Masukkan tepung gandum, gula, baking powder, cinnamon, nutmeg dan garam dalam satu bekas dan kacau rata.
  2. Dalam bekas yang besar, pukul telur dan kemudian masukkan susu segar, mentega dan vanilla.
  3. Tuangkan bahan kering tadi sedikit demi sedikit ke dalam campuran bahan basah tadi dan kacau sebati.
  4. Guna senduk ataupon sudu dan tuangkan ke dalam bekas acuan. Bakar dalam oven yang bersuhu 180C dengan masa 17 minit.
  5. Bila dah masak keluarkan dan sejukkan untuk seketika. Apabila dah sejuk bolehlah dihiaskan dengan bahan kesukaan.
Let's Eat!!

-Savory seasonings stimulate the appetite-



No comments:

Post a Comment